Wednesday, August 24, 2011

entry tak seberapa.

assalamualaikum~

sapa rajin sila baca sampai habis. sapa tak rajin jangan baca. sebab panjang sangat. aku pon baca dua hari baru habis. haha.

kepada my mr.senget benget, sila baca apa yg telah diboldkan sahaja. ;D
saya tujukan untuk awak. hehe. gediks kan. :p



Andainya Lelaki Tahu


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.


p/s : kan saya dah cakap saya sayang budak besar tu. :p


peace.

Tuesday, August 23, 2011

Giveaway Souvenir dari Jepun dan Korea

assalamualaikum~

macam biasa, tergerak di hati serta jari untuk menyertaan another GA. :) aku tertarik sebab..sebab..sebab souvenir dia dari korea dan jepun. hehe. best kan. menarik. yelah, kita kan tak pernah pegi sana. teringin la jugak nk ad barang dari sana. huhu.



maw join? sila klik.



syiok nih. moh le kite join ramai2. hehe.

peace.

asmaradayana.blogspot.com


Monday, August 22, 2011

kau ada kad raya?

assalamualaikum~

hai. korang ada dapat kad raya? aku dapat. haha. dapat satu pon dah nk bagitaw satu kampung. orang laen dapat beraga raga dah. tak bising pon. =.=

kad raya pertama dari Janatul Aziera untuk edisi 2011. :)
tersenyum senyum aku baca memo kat dalam tu. bukan dia nak wish selamat hari raya or yg sewaktu dengannya. tapi dia buat pesanan suh aku bawak cite onepiece time masuk u nanti. haih~ tapi mmg seharian tersenyum dengan kad raya tu. haha. bajet dapat dari yg tersayang je kan.




ini dia rupa kad raya tu.

well, terima kasih daun keladi janatul. tahun depan bagi lagi. :D
aku tak sempat nak balas,sebab memang tak beli pon kad raya ni. hehe.
dasar kedekut dan pemalas kan.

Saturday, August 20, 2011

Saya Mahu Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com


assalamualaikum~

hai all. ari ni join give away pulak. haih. ni pon sebab di tag oleh cik nabilah azmi .asyik join benda benda gini je kan. hehe.
dah kering idea agaknye..tapi tak jugak. aku ad banyak benda nak tulis.tp xde kesempatan. so joinlah givewaya ni.

menarikkan. teringgin jugak nak dapatkan benda ni. :)
hopefully luck aku baek. ^^

aku tag

fana

ayuni

&

adila


aku saja tag korang. hehe.tak nak join pon xpe. tiada paksaan di sini. :)

peace.

Thursday, August 18, 2011

SEGMEN : Personaliti Blogger Mengikut Jenis Darah


assalamualaikum~


sudah lama blog tidak berupdate kan. hehe.sibuk blogwalking n follow menfollow org. :)
lagi pula, idea mmg tak hadir dalam diri aku sejak dua menjak nih. woi! awat ayat skema?tampaq kot. haha

untuk kali ni, aku join segmen pulak. yelah, setelah di invite, wajiblah bagi aku kena join. nanti apa kata tuan punya segmen ni kan. hehe
ni bukan terpaksa, tapi mmg rela pon. ;)

okeylah cik dila.

sebenarnya, aku tak taw la pulak aku ni darah jenis apa. wahaha. setelah 21 tahun idup, still xdapat kenal pasti lagi. wee~ tapi rasanya B kot. haha.
ada pulak kot kot kan. :p

okey, B la. aku yakin. hihi.

ini dia description tuk darah jenis B.


Darah B [ Hunters ]
Mereka berdarah jenis B seorang yang periang , mempunyai personaliti
yang tersendiri , pemalas , kurang sabar , tapi sangat passionate
*bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu


memang kenalah dengan aku suma yg tertulis kt atas tu. kiranya memang betul aku darah B. muahaha! aaww.


sapa sapa nak join, sila klik banner di atas. :D

peace.

Tuesday, August 16, 2011

ibu,nak kawen buleh dak?


assalamualaikum~

sudah berhari tak post entry baru, sebab sibuk dok blogwalking,masuk segmen,contest and GA je. hehe. lagipun xde idea la. blur seketika.

terima kasih daun keladi yg sudi follow blog aku yg lawa nih! haha. pada sesiapa yg rasa aku belum follow blog korang maaf yer. tunggu aku taw. bukan xnak, bila line tersekat sekat memang tak best nk p jalan jalan kan. sabaq noh. hehe.

okey, berbalik kepada tajuk entry yg gedik lagi maw makan penampaq tu. aku teringin nak kawen sebenornye! haha. gila gedik kan.
normallah bagi aku yg dah berusia 21 tahun ni teringin nk kawen. eleh, cam la korang tak terasa nak kawen. :p

tapi bila fikir balik, sempat ke aku nak kawen. sedangkan sekarang pon kita dah berada kt dunia akhir zaman. :)

saya nak kawen. sama dia di bawah ni. haha




sesiapa yg berkenaan, silalah masuk meminang saya dengan segera. :p

kalau aku gedik, kau pon gedik jugak sebab bc entry nih. :p haha



p/s : i may not texting you 24/7, i may not talks bout you 24/7 but i'll always loving you 24/7 (^^v)

Sunday, August 14, 2011

selamat hari kidal ezza syahida !

assalamualaikum~

well, tak terlambat kot aku nak wish hepi kidal day! (13ogos). tak pernah terlintas di akal fikiran akan ada hari kidal. hehe. rasa di hargai la pulak kan.

kepada blogger or non-blogger yg kidal macam aku, kita ni berbeza dan unik! so, hargailah anugerah tuhan. :)

walaupon kita tak hebat guna tangan kanan, terketarketar je tapi kita hebat tangan kiri. ye dak peah?? hehe. at least, boleh la jugak nak di bangga.

kalau dulu rasa bangga dalam kelas, sebab satu satunya manusia yg tulis pakai tangan kiri. haha. ouh, sungguh tak matang waktu itu. :p *sekarang pon bangga jugak.haha

well....


peace.

Friday, August 12, 2011

salam jumaat :')

assalamualaikum~

selamat hari jumaat semua. kita sambut permulaan hari jumaat dengan hujan rahmat. dekat kedah la. kalau area jb, x tawu la hujan ke x. ;)
disebabkan hari ni hari jumaat, aku nk mintak jasa baik dekat para blogger sekalian. * eceh, gaya macam buat salah besaq ja.

etceli, aku nak mintak maaf kepada mana mana blog owner yg singgah blog aku yg tak seberapa ini sebab aku belum buat terjahan semula kepada blog kalian. huhu. :'( jangan marah ya.

bukannya apa, semuanya gara gara service internet aku ni la. kalau laju macam train syibuya xpe gak. ni lambat macam siput sedut nk mati lemas je. haru jugak la. kena tunggu nk loading bagai suma benda tu.

lain masa akan aku terjah blog korang yg lawa lagi comel malah owesome se owesome blog aku ni. haha. and follow sekali. pakej lengkap dr blogger tegar cam aku. hihi. tegar la sangat. :p
jangan marah cek no. :(

kita buat kerja pelan pelan asalkan berjalan. ye dak?? hehe.
till here. ^^

peace.

Thursday, August 11, 2011

happy birthday en. senget !


assalamualaikum~

entry ini khas untuk si dia.

Mohamad Hanis, happy 25th birthday sayang !
*pom pom pom.. bunyi mercun. haha

alamak, eza terletak umur la kt situ. ;p hehe. Muda lagi kan?

dengan rasa cinta dan sayang, eza ucap kan :
*tolong jangan muntah ya readers. ;p

making-sweetness semoga panjang umur
making-sweetness murah rezeki
making-sweetness success selalu
making-sweetness semoga projek menjadi :)
making-sweetness semoga sihat selalu hendaknya :')

untuk pengetahuan abg *okey, aku pgl dia abg.bukan sebab gedik k. haha
eza tak pandai nak tulis jiwang jiwang macam orang lain. :)

so, baca ini dengan betul ye..

[ aku doa di depan pintu kaabah, dia lah jodoh ku hingga akhir hayat tetapi, di depan pintu kaabah jugak aku berdoa semoga aku dikuatkan jika dia bukan jodoh ku. :') ]

we hv been together for 104 days. and we will always be together. ^^ hihi.
ye dak en. hanis? * i hope so



making-sweetness
pancakes


making-sweetness
ice cream

i give u this two thingy. eheh. next year kita plan celebrate sama sama ek. *wink




salah size la plak. adoi. sorry ek tak lawa. :'(

entry tak se owesome yg dibayangkan. :'(
but peliss do consider my sincerity sayang. weee~

p/s : harap baca dan komen ya en. senget
others, komen kalian amat dihargai ^^v

Wednesday, August 10, 2011

korang..mintak tolong. :)

assalamualaikum~

dengan rasa rendah hatinya, aku nak mintak tolong dari korang..korang.. dan kau bg idea yg serba bernas lagi boleh dipakai bagaimana nak buat surprise birthday dekat org tersayang yg berada jauh dimata. ahaha ! ayat maw gedik ya. itu penting. ;p

mustahil tapi tak mustahil kan. haha.
wajiblah bagi diri aku nk sambut first birthday dia bersama sama di alam maya. hehe.

Tuesday, August 9, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower ke Bawah

assalamualaikum~

ahah ! segmen dtg lagi. haha. sapa yg dah rasa jemu sebab aku selalu sgt join segmen, aku mintak ampun ya. ehee

segmen ni nk promote blog yg followernya bawah 500. memanga wajiblah aku join.
follower xsampai 15 apatah lagi 500 kan. haha.


nama : Ezza Syahida zulkaflee

hobi : makan cokolat,online,tgk k-drama,k-song,k-show. :)



sila klik banner ;)

peace.

lelaki : untuk dipercayai atau dicurigai atau disayangi

assalamualaikum~

aw..tajuk entry yg tak semena mena keluar dari kotak pikiran aku. entah kenapa malam mala gini terasa nak post something yg tak pernah aku terfikir nak discuss secara besar besaran.

okey ! tajuk agak mengundang bencana alam kepada diri sendiri. hehe ^^ xpe xpe, kita kan satu MALAYSIA ! *erk, ada kena mengena ke?

lelaki :

selalu kita dengar

sebelum dapat (girl), lautan api sanggup direnangi
dah dapat.. bagai kacang lupakan kulit. haha

anda..anda.. dan anda..
pernah tak rasa tak disayangi??

aku?? pernah..tp jarang jarang. itu pon bila si dia busy. bila cakap pasal busy pulak, kadang kadang terfikir, dia busy buat apa ya? kalau dia kuar jalan jalan, shopping shopping dengan siapa ya? ouh, kalau boleh setiap langkah aku nak ikut. =.='

anda rasa curiga tak? hehe. mereka bilang, percayalah dia. pheew. memang la i percaya mak. kalau tak dah lama i serbu shah alam! :p

bila kita nak percaya seseorang tu, kita nak percaya dengan sepenuh hati. kalau suku hati je, baik ta payah. semak kan hati je. :) tapi, bila mana makhluk Allah yg bernama hawa ini, hatinya terlalu sensitif. hatinya rapuh macam jajan kacang tumbuk tu. bila sekali pegang je, terus terburai isinya. bila sekali terkena, luka itu lambat sembuh.
terasa diri mahu mempercayai si dia. tapi hati menidakkan. hati bilang ' percaya diri sendiri '
dia janji itu ini. tapi satu pon dia tak buat.*bukan my love okey! :p terasa diri tiada kepentingan. lelaki kan xmaw benda remeh remeh. mereka tak suka. mereka suka benda yg straight tu. malas nk pusing pusing. :')

tapi, lelaki lah yg selalu mendorong wanita untuk bergerak maju ke depan. sepertimana kata pepatah : di setiap kejayaan lelaki itu, pasti ada wanita dibelakangnya
begitu jugak lah sebaliknya. ^^

lelaki : kita percaya disamping kita curiga tapi pada masa yang sama kita sayang dia sangat sangat.

apa apa pon ily ! :D

*aku suka merepek. ^^v

Monday, August 8, 2011

saya blogger gadis melayu !

assalamualaikum~

terima kasih kepada cik ayuni kerana rajin betul join segala macam contest dan selalu buat sy rasa perlu join contest jugak. hehe.
btw. ni bukannya contest. tp lebih kepada segmen mengumpul blogger blogger. :)

sesiapa yg rasa dia blogger gadis melayu, silalah join. bukan apa, tambah kenalan saja.




sila klik banner.


di sini aku tag :

fanna sila rajin join segment.hehe.kita kn tanam anggur je kt rumah. :p

adila jugak !

Sunday, August 7, 2011

memories is beautiful.

assalamualaikum~

title maw ada unsur unsur gedik sikit ya. :p
ahah!

ada satu malam tu dalam minggu ni jugak, aku mimpikan kawan kawan sekolah rendah! saya ulang, sekolah rendah ya. dah bertahun kot xkontek. except for someone. tp tu pon selang bape bulan baru kontek balik.

haih. -.-"

teringin sebenarnya nak kontek kawan kawan lama. kawan masa senang and susah di kala diri ini tak taw apa apa. ya lah kan, baru dajah 5 6.
macam mana leh lost contek?? sebab aku pindah keluar dari langkawi time form one. and after that, aku penah balik once in a while. lepas tu g untuk holiday je. tp sangat lah sekejap masa yg ada dan xdpt jumpa diorang. dan sekarang no fon sumanya telah bertukar. how pathetic i am. tsk tsk.. :'(

dalam mimpi still boleh panggil lagi nama kawan aku. siap suruh dia add dlm facebook lagi. haha. tp yg lawaknya, diorang masih pakai baju sekolah darjah enam !!

lepas tu baru aku sedar yg aku sedang bermimpi. ish ish ish.
:))

guys ! miss you all. walaupon dh x pernah bertemu. maybe one fine day kita bakal bertemu.


*percaya pada takdir. :)



xpenah plak tgk cite friends. :)

Saturday, August 6, 2011

header sy cantik kan?!

sila tengok header saya yg baru tu ! haha. simple but nice. i like!
terima kasih adamainaa ! sebab tolong bagi header free.
kalau nak tunggu aku buat mmg x la. nk bukak photoshop sgt lah malas,. :(

so apa pon, thx sgt ya adam ! :)

Thursday, August 4, 2011

SEGMEN : SAYA NAK !




assalamualaikum~


dok godek-godek blog cik ayuni ni. hehe. tiba-tiba ternampak entry segmen ni. so kind of menarik. teringin nk join. sebab first time jgak join menda gini. hehe
harap sempat! wuu~ nak header en/cik adamainaa. pelissss~~


*dlm hati berdoa semoga diterima. ^^



xdpt pon xpe sbb dah terlmbat kn. :) peace !

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan

assalamualaikum~

salam ramadhan semua :D

tak sangka kan, dh sampai bulan ramadhan. alhamdulillah dipanjangkan umo tuk terus beribadat. :)
target bulan ramdhan kali ni aku nak :

1. posa penuh *aku taw lg bapa ari ja nk cuti

2. nak habiskan 30 juzuk. insyaallah. :)

3. tambah amal ibadat. :)

semua org mestila ada target kan. semoga tercapai. *hopefully

............

aku dah buat medical checkup.wohoho~ bukannya penting pon sampai nk tulis kt sini kan. tp saya punya suka la! :p
berat dh naik.hehe. tp darah turun! hoho. apa nak jadi nih. -.-'
dan tinggi xnaik apatah lagi nk turun kan. masih pada paras yg sama.