Thursday, February 12, 2015

Cara nak apply study luar negara

Assalamualaikum ♡

Hari ni terasa nak cerita serba sedikit pasal cara nak apply university oversea nih. Semuanya berdasarkan pengalaman aku tahun lepas dan Alhamdulillah sekarang berada di bumi asing ni untuk mencari ilmu.

First of the first, semangat kena ada dalam perjalanan mencari ilmu ni. Kalau hangat-hangat tahi ayam je tak payah la fikir nak study ye adik adik. Bukan apa, takut nanti diri sendiri stress. Hihi. Dalam nak cari Uni ni pon susah jugak. Mula-mula kena tengok kos apa nak apply. And adakah kos tu sesuai dengan kita. So, boleh la mula google kos yang adik-adik nak. Macam hakak ni, amik Applied GIS.dan ramai yang tak taw GIS tu hape. Hehe. Sokay dear.♡

Lepas dah cari kos yang sesuai boleh la mula google pasal Uni plak. Banyak Uni yg boleh dipilih ni. Pilihan kat tangan kita. Time ni boleh la tengok ranking Uni tu. kalau nak lebih baik tengok senarai yang Sponsor sediakan kan. macam yang MARA bagi. Orang cakap lebih afdhal. Yelakan, senang la nanti kalau nak dapat kan scholar.

So, after semua nya dah puas hati, adik-adik boleh la try apply. Nak apply ni pon bukannya ambik masa sehari dua. Berhari-hari jugakla nak settle satu-satu. Huhu. Time ni la mula nak pening kepala stress bagai. Kalau nak mudah hire aje agent. Pantas and xperlu risau. Tapi aku settle kan sendiri sebab tak penah tahu pon ada agent. Kah3 🙈

Sediakan semua dokumen yang diperlukan, contoh dokumen macam kat bawah ni:


  • Sijil and transcript (degree or master)
  • Reference letter (kena bt dua)
  • Personal statement (ala-ala karangan pasal diri kita and sebab kita pilih kos tu)
  • IELTS (but aku waive yang ni.hehe.)
  • Sijil SPM
  • Portfolio (some courses need to do this)
  • Yang lain tu isi borang macam biasala
Settlekan satu-satu. Listkan yang mana perlu buat dulu. Macam reference letter tu aku mintak kat pensyarah UiTM dulu. 

So, rasanya ini saja yang perlu untuk apply universiti. Good luck!!

Lain kali aku update lagi ye.




U'll never know what will coming towards you until u try it. So, apa lagi, marilah kita sama-sama melangkah ke hadapan. tak salah mencuba untuk berjaya. Di mana mana kita berada kita tetap boleh berjaya dengan usaha yang kuat. ♡♡♡

Peace.



No comments: