Thursday, September 29, 2011

selamat hari lahir AYAH !

assalamualaikum~

selamat ulang tahun ayah. hehe. walaupon ayah xpasti ayah penah baca blog ni or tak. still nk wish kt sini. hehe. tadi pagi dah kol. kiranya, ni nk bg havoc sikit la. haha.

*semoga ayah dimurahkan rezeki lagi tahun ni.
*semoga ayah panjang umur & sihat selalu.
*semoga keluarga kita bahagia selalu. hehe. ^^

my last wish..
semoga kita dapat p makan angin tahun ni.tak pon tahun depan. hehe. book ticket please.. :)
*angan2 nk p australia. :(



- ihsan uncle google. :)

Sunday, September 25, 2011

terlupa wa ada blog. ^^

assalamualaikum~

aku hampir terlupa yg aku punya blog. sorry ya en. blog. :'( dah lama tak menjenguk blog ini.
sibuk agaknya aku ni. hehe.
yela tu, sibuk la sangat kan.


sudah mahu masuk minggu ke tiga study. student life kembali seperti sedia kala. sibuk sana sini. takut lecturer itu ini. hehe. *lecturer english sangat menggerun kan.huhu

other than that, suma okey okey belaka. hehe. rupanya life as degree student ni agak memenatkan. yela, orang baru je masuk degree, bukan macam korang korang tu. :)

Saturday, September 10, 2011

random stuff.

assalamualaikum~

hai alls. dah lama blog tak berupdate. biasalah, bila malas datang menghimpit jiwa raga. tak leh nak kawal. :)

sejak 2 3 hari ni terfikir.. dalam masa empat bulan macam-macam perkara terjadi. yelah, tak kan benda tak berubah kot kan. hmm.

sedar tak sedar dah nak masuk study balik. hai, suma orang sibuk tulis pasal sambung study, aku pon nak la menyemak jugak. hee. well, ada yang cakap xmaw masuk study lagi. yela, kita kan tgh berada dalam comfort zone. sapa nak keluar dari zone tu. ada jugak yg cakap xsabar nak study. bagus..bagus.. semangat tu yang kita maw! :D

hidup perlu diteruskan. ye dak? hehe.

aku pulak, still macam ni. bila nk berubah perangai tu aku tak pasti. hehe. MALAS ! suma benda aku malas. malas nak packing stuff. malas nak keluar g beli barang. malas la sumanya. hehe. teruk kan?! memang pon. tak payah cakap pon aku dah taw. :p

rasanya hidup aku dengan dia berjalan dengan lancar. kalau gdo tu biasa la. hehe. :)


p/s : take care to all my friends yg further study dekat uitm shah alam. :) gonna miss u all so much.

peace.

Wednesday, August 24, 2011

entry tak seberapa.

assalamualaikum~

sapa rajin sila baca sampai habis. sapa tak rajin jangan baca. sebab panjang sangat. aku pon baca dua hari baru habis. haha.

kepada my mr.senget benget, sila baca apa yg telah diboldkan sahaja. ;D
saya tujukan untuk awak. hehe. gediks kan. :p



Andainya Lelaki Tahu


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.


p/s : kan saya dah cakap saya sayang budak besar tu. :p


peace.